Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Monday, 20 February 2012

Kalamullah

Bukan sekadar barisan kata
menyingkap jiwa
menalikan janji
berkias dan bercerita
ketidakterhingaan pesanan
di tabir masa

Kalimahnya mengubati hati
perawat kekusutan
pengubat keresahan
penyembuh kelumpuhan hati

Alunan ayat2-Nya
surah-surah nan beralun
itulah nur hati
pembentuk peribadi
penghapus kecelaruan
dalam kejernihan
nada-nada hakiki

Thursday, 16 February 2012

Kekuatan 1

Bila kita berbicara mengenai kekuatan, kebanyakan manusia akan terbayangkan golongan-golongan manusia yang mempunyai bentuk badan yang berotot dan fleksibel. Manusia seringkali mengidamkan kekuatan zahir iaitu kekuatan badan kerana mereka dapat merasai kehebatan berada di atas daripada orang-orang yang lemah daripada mereka. Mereka juga sanggup mengorbankan masa lapang yang terhad untuk pergi ke tempat pembinaan badan seperti gym sedangkan mereka boleh bersukan untuk bersenam.

Apakah sebenarnya kekuatan itu datang daripada kekuatan mental dan fizikal seseorang manusia?

Adakah kamu memuja orang yang boleh mengalahkan orang lain yang lebih lemah daripadanya dengan pergaduhan hanya kerana orang yang kamu puja itu mempunyai kekuatan?

Ketahuilah bahawa tiada kuasa mahupun kekuatan melainkan dengan izin Allah!!!! Sesungguhnya manusia tidak sedar bahawa mereka sedang berada dalam kekuasaan Allah... Bukankah Allah merupakan Tuhan Yang Maha Bijaksana?

Hakikatnya orang yang menggunakan kekuatan untuk menundukkan orang yang lebih lemah daripadanya dan menyebabkan orang lain mengkaguminya merupakan golongan manusia yang paling lemah di sisi Allah SWT. 

9. أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ كَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَأَثَارُوا الْأَرْضَ وَعَمَرُوهَا أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا وَجَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ ۖ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
Ar-Room [30:9] 


7  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1715.
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw. bersabda: "Orang kuat itu bukanlah orang yang menang berkelahi, tetapi orang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya di waktu marah."

Orang yang kuat di sisi Allah SWT ialah golongan manusia yang mampu menundukkan nafsu mereka serta sabar dalam usaha untuk menundukkan nafsu. Sabar dalam konteks ini ialah berusaha, tawakkal, istiqamah, tidak putus asa dan bukan sekadar angan-angan sahaja (bersungguh-sungguh / bermujahadah). Kekuatan yang sebenar datang daripada daya ketahanan seseorang manusia untuk menahan dan mengalahkan kekuatan hawa nafsu diri sendiri. Ibaratnya kamu sedang bergusti dengan nafsumu sendiri. Adapun manusia yang mengikuti kehendak hawa nafsu itu merupakan si kalah yang tewas dalam pertarungan gusti dengan hawa nafsu mereka sendiri... Betapa lemahnya mereka ini!!!!

Sepertimana cara untuk kita menguatkan badan, ada cara untuk menguatkan diri supaya kita boleh mengalahkan nafsu syahwat kita. Kita boleh menguatkan keperibadian diri kita dengan pergi ke masjid untuk mendirikan solat dan melebihkan ibadah... Itulah cara kita untuk membina kekuatan diri melawan nafsu. Cuba kita lihat ahli gusti dunia, mereka hidup dalam gym, mereka menghabiskan sisa hidup mereka di dalam gym untuk membina badan supaya mereka boleh mengalahkan musuh mereka. Mereka tidak putus-putus bersenam dan mengangkat berat untuk membina otot-otot yang fleksibel agar kekuatan mereka mampu menandingi musuh mereka. 

Justeru itu kita bayangkanlah bahawa kita akan bergusti dengan nafsu kita. Gym kita ialah masjid... Senaman kita ialah ibadah... Maka perbanyakkanlah masa lapangmu di masjid sekurang-kurangnya 5 kali sehari semalam bukan sekadar untuk solat fardu, malah untuk menunaikan ibadah sunat sebanyak-banyaknya yang kita mampu. Maka hati kita akan beransur kuat dan mantap dengan kekuatan iman yang tinggi yang sentiasa bersedia untuk menentang nafsu.

Sentiasalah berserah kepada Allah dan janganlah berserah kepada nafsu... Janganlah kita sesekali mencuba untuk melayan nafsu serakah walau sekalipun kerana ia hanya membawa kita kepada jalan penyesalan yang abadi... Moga-moga Allah memberi kepada kita kekuatan untuk mengalahkan nafsu yang menyesatkan manusia daripada jalan-jalan yang benar... =)


112. 
بَلَىٰ مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِنْدَ رَبِّهِ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya, maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Al-Baqara [2:112] 

Tuesday, 14 February 2012

Sunnah 1

Nabi Muhammad SAW merupakan qudwah kepada semua umat islam, malah Baginda sendiri dikagumi oleh sekalian nabi dan rasul. Cinta kepada Rasulullah bukan sekadar untuk dilafazkan dengan lisan, malah kita haruslah beriman dengan sepenuh hati serta mengamalkan sunnah baginda. Sesiapa yang cinta kepada Rasulullah nescaya mereka akan mengikuti jejak langkahnya yang mulia. Kita sebagai umat manusia wajib mengikuti sunnah baginda Rasulullah SAW kerana islam mewajibkan kita untuk mentaati Rasulullah SAW.


31.  قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
  Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Aal-e-Imran [3:31] 

Sunnah Rasulullah perlu diikuti oleh setiap individu muslim tidak kira usia, warna kulit, keturunan dan harta. Tidak layak bagi kita untuk menolak sunnah baginda hanya kerana kita mempunyai harta kekayaan, pangkat dan kekuatan.


8  
 Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1582.
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Ada tiga orang laki-laki datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Nabi saw. bertanya tentang ibadat beliau. Setelah diterangkan kepada mereka, kelihatan bahawa mereka menganggap bahawa apa yang dilakukan Nabi itu terlalu sedikit. Mereka berkata: "Kita tidak dapat disamakan dengan Nabi. Semua dosa beliau yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni Allah." Salah seorang dari mereka berkata: "Untuk saya, saya akan selalu solat sepanjang malam selama-lamanya." Orang kedua berkata: "Saya akan berpuasa setiap hari, tidak pernah berbuka." Orang ketiga berkata: "Saya tidak akan pernah mendekati wanita. Saya tidak akan kahwin selama-lamanya." Setelah itu Rasulullah saw. datang. Beliau berkata: "Kamukah orangnya yang berkata begini dan begitu? Demi Allah! Saya lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Tuhan dibandingkan dengan kamu. Tetapi saya berpuasa dan berbuka. Saya solat dan tidur, dan saya kahwin. Barangsiapa yang tidak mahu mengikuti sunnah ku, tidak termasuk ke dalam golongan ku."



Jadikanlah sunnah Rasulullah sebagai ikutan kerana Baginda merupakan kekasih Allah yang diutus untuk melengkapkan rahmat yang Allah cucurkan kepada umat manusia. Sesiapa yang tidak mengikut jejak langkah baginda maka rahmat Allah terputus bagi mereka dan terbatas pada dunia sahaja. Bagi umat islam yang mengikuti jejak langkah baginda Rasulullah SAW maka mereka mendapat rahmat yang melimpah ruah dan tidak putus2 di dunia mahu pun di akhirat.

Malah ketaatan Para sahabat R.A. juga tidak berbelah bahagi kepada Allah dan Rasul-Nya. Di sebutkan dalam satu kisah bahawa ada seorang islam bergaduh dengan seorang kafir yang beragama yahudi. Kerana pergaduhan mereka tidak boleh diselesaikan maka orang islam itu mengajak si yahudi untuk bertemu Rasulullah supaya pergaduhan mereka dapat diselesaikan secara adil. Maka Rasulullah meminta masing2 mengutarakan hujjah2 mereka. Hujjah orang yahudi lebih kukuh daripada hujjah orang islam, maka Rasulullah mengisytiharkan bahawa orang islam itu yang bersalah manakala orang yahudi itu yang menang.

Mendengar keputusan itu maka orang islam itu menaruh rasa dendam dan benci terhadap Rasulullah kerana dia tidak puas hati dengan pengadilan baginda. Maka orang islam itu mengajak pula si yahudi berjumpa dengan Umar Al Khattab R.A. untuk mengadili pergaduhan mereka. sewaktu mereka berjumpa Umar maka orang islam itu menceritakanlah kepada Umar hal2 berkaitan pergauhan mereka.

Umar :Benarkah begitu situasinya wahai si Yahudi?

Si Yahudi : Benar! Bahkan Rasulullah telah memenagkan aku dan mengisytiharkan orang islam itu yang bersalah.

Umar : Benar begitu wahai orang islam? Kenapa engkau tidak yakin akan pengadilan Rasulullah?

Si Islam : Benar... Namun, aku rasa tidak puas hati dengan pengadilan baginda...

Mendengar jawapan itu maka lantas Umar Al Khattab R.A. memancung kepala si islam yang menyimpan dendam kepada Rasulullah.. Subhanallah~

Abu Bakar As Siddiq juga sanggup membunuh anaknya Abdul Rahman yang menentang Rasulullah tanpa teragak2 tentang darah dagingnya sendiri kerana cintanya mereka para sahabat R.A. kepada Rasulullah SAW... Kita macam mana? Adakah kita cinta kepada Rasulullah? =)
 
Blogger Templates