Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Tuesday, 14 February 2012

Sunnah 1

Nabi Muhammad SAW merupakan qudwah kepada semua umat islam, malah Baginda sendiri dikagumi oleh sekalian nabi dan rasul. Cinta kepada Rasulullah bukan sekadar untuk dilafazkan dengan lisan, malah kita haruslah beriman dengan sepenuh hati serta mengamalkan sunnah baginda. Sesiapa yang cinta kepada Rasulullah nescaya mereka akan mengikuti jejak langkahnya yang mulia. Kita sebagai umat manusia wajib mengikuti sunnah baginda Rasulullah SAW kerana islam mewajibkan kita untuk mentaati Rasulullah SAW.


31.  قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
  Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Aal-e-Imran [3:31] 

Sunnah Rasulullah perlu diikuti oleh setiap individu muslim tidak kira usia, warna kulit, keturunan dan harta. Tidak layak bagi kita untuk menolak sunnah baginda hanya kerana kita mempunyai harta kekayaan, pangkat dan kekuatan.


8  
 Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1582.
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Ada tiga orang laki-laki datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Nabi saw. bertanya tentang ibadat beliau. Setelah diterangkan kepada mereka, kelihatan bahawa mereka menganggap bahawa apa yang dilakukan Nabi itu terlalu sedikit. Mereka berkata: "Kita tidak dapat disamakan dengan Nabi. Semua dosa beliau yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni Allah." Salah seorang dari mereka berkata: "Untuk saya, saya akan selalu solat sepanjang malam selama-lamanya." Orang kedua berkata: "Saya akan berpuasa setiap hari, tidak pernah berbuka." Orang ketiga berkata: "Saya tidak akan pernah mendekati wanita. Saya tidak akan kahwin selama-lamanya." Setelah itu Rasulullah saw. datang. Beliau berkata: "Kamukah orangnya yang berkata begini dan begitu? Demi Allah! Saya lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Tuhan dibandingkan dengan kamu. Tetapi saya berpuasa dan berbuka. Saya solat dan tidur, dan saya kahwin. Barangsiapa yang tidak mahu mengikuti sunnah ku, tidak termasuk ke dalam golongan ku."



Jadikanlah sunnah Rasulullah sebagai ikutan kerana Baginda merupakan kekasih Allah yang diutus untuk melengkapkan rahmat yang Allah cucurkan kepada umat manusia. Sesiapa yang tidak mengikut jejak langkah baginda maka rahmat Allah terputus bagi mereka dan terbatas pada dunia sahaja. Bagi umat islam yang mengikuti jejak langkah baginda Rasulullah SAW maka mereka mendapat rahmat yang melimpah ruah dan tidak putus2 di dunia mahu pun di akhirat.

Malah ketaatan Para sahabat R.A. juga tidak berbelah bahagi kepada Allah dan Rasul-Nya. Di sebutkan dalam satu kisah bahawa ada seorang islam bergaduh dengan seorang kafir yang beragama yahudi. Kerana pergaduhan mereka tidak boleh diselesaikan maka orang islam itu mengajak si yahudi untuk bertemu Rasulullah supaya pergaduhan mereka dapat diselesaikan secara adil. Maka Rasulullah meminta masing2 mengutarakan hujjah2 mereka. Hujjah orang yahudi lebih kukuh daripada hujjah orang islam, maka Rasulullah mengisytiharkan bahawa orang islam itu yang bersalah manakala orang yahudi itu yang menang.

Mendengar keputusan itu maka orang islam itu menaruh rasa dendam dan benci terhadap Rasulullah kerana dia tidak puas hati dengan pengadilan baginda. Maka orang islam itu mengajak pula si yahudi berjumpa dengan Umar Al Khattab R.A. untuk mengadili pergaduhan mereka. sewaktu mereka berjumpa Umar maka orang islam itu menceritakanlah kepada Umar hal2 berkaitan pergauhan mereka.

Umar :Benarkah begitu situasinya wahai si Yahudi?

Si Yahudi : Benar! Bahkan Rasulullah telah memenagkan aku dan mengisytiharkan orang islam itu yang bersalah.

Umar : Benar begitu wahai orang islam? Kenapa engkau tidak yakin akan pengadilan Rasulullah?

Si Islam : Benar... Namun, aku rasa tidak puas hati dengan pengadilan baginda...

Mendengar jawapan itu maka lantas Umar Al Khattab R.A. memancung kepala si islam yang menyimpan dendam kepada Rasulullah.. Subhanallah~

Abu Bakar As Siddiq juga sanggup membunuh anaknya Abdul Rahman yang menentang Rasulullah tanpa teragak2 tentang darah dagingnya sendiri kerana cintanya mereka para sahabat R.A. kepada Rasulullah SAW... Kita macam mana? Adakah kita cinta kepada Rasulullah? =)

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates