Personaliti tercermin pada diri melalui kisah hidup yang
dilalui. Ada beberapa aspek penting dalam pemikiran yang menyumbang kepada ilmu
dan pendapat seseorang individu. Persoalan yang perlu kita tanya pada diri
ialah bagaimana boleh menyatukan hati
yang tidak sama merasai manisnya kehidupan berada di jalan yang benar? Pendapat
itu diproses melalui janaan minda. Keterbukaan untuk menerima pendapat orang
lain pula datangnya dari hati yang mudah berlapang dada. Jika kita seorang yang
suka melontarkan pendapat, adakah pendapat kita cukup bernas untuk kawan-kawan
ataupun masyarakat menerimanya dengan hati terbuka?
Lontaran pendapat adalah satu medan dakwah. Brainstorming
merupakan satu langkah yg sentiasa digunakan pada mulanya untuk merangka
strategi supaya target yang disasarkan tercapai. Demikian pula apabila kawan yg
mempunyai masalah kesempitan. Mereka mungkin memerlukan semangat dari buah
fikiran sahabat handai. Seperti seorang murid yang melihat guru menulis jawapan
kpd soalan exam. Jika murid itu tidak menjawab sepertimana yg ditunjuk guru
tersebut, maka sudah tentu mereka akan mengambil pengalaman itu sebagai satu
teladan dan tidak akan membiarkan pisang berbuah dua kali.
Jangan malu untuk melontarkan pendapat, tetapi hendaklah
kena pada masanya. Selalunya pendapat datangnya dari inspirasi. Maka, itulah
manifestasi kepada apa yang kita percayai. Masalahnya, jika kita memendam
hasrat tetapi mengamalkannya dengan gerak hati sendiri bagaimana mungkin kita
tahu sejauh mana kesahihan pendapat itu? Walaubagaimanapun, untuk menerima
teguran mental perlu ada rasa rendah diri dan jauhi dari sikap takabbur. Kerana
kita pencari ilmu bukan seorang raja.
Pendapat itu menyebabkan kita mempunyai keunikan tersendiri.
Kesedaran pada diri berbentuk kewajaran idea menyebabkan kita terikut-ikut
dengan arah tersebut. Minat dan keperibadian diri pula memainkan peranan
masing-masing dalam membentuk penilaian berterusan terhadap apa yang mereka
pelajari. Percambahan idea pula selalunya terhalang apabila seorang individu dikuasai
sikap buruk seperti malas, takabbur, panjang angan-angan dan sebagainya. Hati
yg keras menyebabkan susah untuk mereka menerima kestabilan penularan ilmu dari
semasa ke semasa.
Oleh itu, peranan seorang pemikir ialah memahami inti pada
kesulitan seseorang yang ditarbiah dan menyelesaikan pada dasarnya. Kita tidak
boleh mencampuri keseluruhan masalah kerana ia akan menimbulkan perasaan lain.
Tapi kita boleh membantu supaya mereka merasai yang masih belum terlambat untuk
beralih langkah. Belum terlambat untuk berhijrah. Belum terlambat untuk
berpindah randah.
0 comments:
Post a Comment