setelah berada pada fasa pemuda, adakah sudah melakukan persediaan untuk melangkah sebagai seorang pemuda. apakah matlamat usia muda yang kita impikan dan adakah ia akan memberi kebaikan kepada kita pada masa akan datang. sesekali menjenguk jauh tidaklah terlalu meletihkan. malah tenaga yang digunakan untuk itu hanyalah sedikit jika hendak dibandingkan dengan kerja assignment, beriadah dan bersosial. tetapi jika berfikir sahaja, tidak mampu untuk melaksanakan visi yang hendak dicapai.
untuk menggapai hidup yang dikehendaki kita mesti memahami bahawa bukan semua adalah keutamaan kita. ada sesetengah yang kita tidak mungkin boleh mencapai ada yang mungkin dapat. hendaklah kita menuju pada jalan yang jelas kerana risiko yang diambil berkurangan kerana kita memahami konsep kehidupan pada jalan tersebut. seolah seperti membuat pilihan untuk memasuki universiti. kita memilih jalan hidup sendiri. tetapi hendaklah kita sentiasa mencari alasan dan niat yang betul agar tidak terpesong dari jalan yang diharapkan.
alasan dan niat hanyalah ayat yang tergantung pada minda. ia hanya berhenti di situ jika individu tersebut tidak menggerakkannya pada tujuan asal. menjadi tanggungjawab untuk individu memandu diri pada jalan yang betul. perlu berhati-hati dalam memandu diri seperti menjauhkan diri dari perkara yang boleh menyebabkan tekanan jiwa, ketagihan, kemarahan, penyakit dan lain-lain.
sindrom yang datang dari jiwa merupakan satu cabaran yang membezakan jalan yang dihadapi. ada yang mudah marah, suka mencari kesalahan, tidak banyak bercakap dan ada yang tidak mengetahui sesuatu dan setelah melakukannya menjadi ketagih dan sesat pada jalan yang salah. sindrom ini sudah tidak asing lagi pada kehidupan zaman globalisasi ini. ia menjadi dadah kepada masyarakat dan menyebabkan institusi sosial terganggu. seperti isu perkauman, kelainan nafsu, pecah amanah dan rasuah merupakan kanser yang lahir dari sindrom ini.
walaupun pesakit kanser boleh dirawat oleh doktor, namun penyakit hati tidak mempunyai ubat penawar kecuali ianya datang dari Allah SWT. perubahan hati tidak dijana oleh manusia. kerana itu keinginan manusia adalah mutlak berada pada tangan-Nya. boleh jadi seorang pembunuh menjadi imam dengan izin-Nya dan sebaliknya. selain itu, kita perlu menjauhkan diri dari pembunuh hati. pembunuh hati mempunyai banyak jenis dan mudahnya diringkaskan sebagai maksiat. menjauhkan diri tidak bermakna kita tidak akan didekati maksiat maka hendaklah bertaubat jika terlanjur. maksiat adalah udara dunia. dengan itu kita perlu mengurangkan sebanyak mungkin maksiat yang teringin untuk dilakukan supaya hati tidak mati dikotori dengan dosa yang banyak.
tambahan pula, kita boleh mengamalkan sedekah. sedekah ada banyak dan tidak hanya pada manusia. memberi makanan kepada haiwan yang lapar adalah sedekah. sedekah boleh memperluaskan lagi kelapangan hidup. moga dengan kelapangan hidup yang luas, hati kita menjadi lebih terbuka untuk melakukan ibadah kerana Allah SWT. melakukan sesuatu perbuatan mengikut akhlak Rasulullah adalah sesuatu yang amat baik. hal ini demikian kerana, ia boleh memberi kepada kita kebaikan yang tidak terlihat oleh mata tetapi wujud pada jiwa. selawat dan al quran merupakan kekuatan kepada hati. jika kita kuat dalam berselawat dan membaca al quran maka lebih baik untuk menawarkan hati yang letih dengan dunia.
Akhir sekali, penawar yang paling mujarab pada hati pada akhir zaman ini adalah solat. solat itu merupakan sesuatu yang membasuh hati dari duka dan kecewa. peliharalah solat kerana hatimu begitu berharga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment