Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Saturday, 22 November 2014

Wahan

Buih-buih di lautan, itulah satu perumpamaan kepada kekuatan hati manusia pada akhir zaman yang digambarkan bukan kerana jumlahnya yang sedikit tetapi kerana nekadnya usaha mereka mengejar sesuatu yang akan hancur binasa. buih pecah apabila dipukul ombak pesisiran pantai, tidak mampu melawan arus hanya menurut arah ombak itu membawanya dan akhirnya ditinggalkan di gigi pantai.

Kenal dunia bukan untuk mengejarnya, tetapi untuk keluar daripada kekusutannya akibat terlalu cinta pada dunia. penyakit takut ditinggalkan dunia adalah sangat kronik. malah sistem akal, roh dan jasad seseorang manusia boleh rosak begitu sahaja akibat perbuatan yang tidak berasaskan kepada jalan yang benar itu. kerana halnya dunia itu akan binasa, maka mereka yang mengejarnya tentu akan pulang membawa tangan kosong. umpama besi yang bernilai berjuta tetapi satu hari nanti pasti akan berkarat.

Dunia membawa pengejarnya kepada kelalaian dan jauh dari Allah. bukan kerana dunia itu kufur, tetapi sebagai ujian kepada manusia. mereka yang mengejar dunia pasti akan merasa penat kerana akhirnya harta, kedudukan dan kemewahan rumah tangga hasil usaha sendiri akan hilang saat melangkah ke alam kekal abadi. kerana dunia tidak mampu bertahan atas yang kekal abadi. begitu kecil dunia jika dibandingkan dengan satu sahaja sifat dari alam akhirat iaitu hidup kekal abadi.

Tidak mengejar dunia dan mengharapkan ganjaran akhirat itu adalah zuhud. definisi zuhud ialah menggunakan dunia sebagai jambatan ke akhirat. melihat kepada zuhud itu ada tahapnya yang tertentu. zuhud perlukan pengorbanan dari segi keperluan dan tingkah laku. pengorbanan dari segi keperluan adalah menginfakkan sesuatu di jalan Allah seperti memberi sedekah, menolong orang dalam kesusahan, menyebarkan ilmu, membekalkan kemudahan pengangkutan untuk mereka yang ingin menuntut ilmu, menghukum diri sendiri dengan membelanjakan harta kepada kebaikan agar tidak lalai dengan harta dan lain-lain. pengorbanan dari segi tingkah laku adalah menggunakan masa sebaiknya agar matlamat akhirat dapat tercapai iaitu mendapat ikhlas, seperti menjaga waktu solat, jaga hubungan dengan Allah dan manusia, berdoa, beriadah untuk mendapat kesihatan tubuh badan, menuntut ilmu, bermuhasabah, membaca sirah nubuwwah, menjaga lidah dari perbuatan keji, jangan berbuat maksiat, jangan mendekati zina dan macam-macam lagi.

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates