Bertemu sebagai khalifah di dunia. Kembali sebagai penghuni di akhirat sana. jika di dunia merupakan seorang khalifah baik budi bicara santun pekerti dengan punya ketaatan penuh pada yang esa. maka syurgalah tempat selayaknya bagi mereka di akhirat yang nun menanti. jika di dunia merupakan seorang khalifah kufur pekerti tiada adil serta sambil lewa dengan amanah dari-Nya. maka selayaknya Allah Maha Adil dan pemberi hidayah kepada siapa sahaja yang dikehendaki-Nya.
Berjalan di satu sudut bumi. setiap waktu tertulis suratan takdir tanpa henti. di saat ini melangkah ke kiri dan saat itu melangkah ke kanan. di bahu kiri dan kanan tidak lekang memerhati kudrat seorang khalifah dalam mencari isi kehidupan di dunia. agar isi itu jadi bekalan di akhirat yang sangat seram dek hati yang takut pada kemurkaan, yang sentiasa mengharap dari-Nya bukan dari insan. khalifah yang berkehendak pada manusia dan berhajat pada Allah. khalifah yang berkehendak pada manusia adalah dia mencari ukhwah merapati sama-sama khalifah agar mereka dapat memakmurkan bumi Allah dengan zikr yakni peringatan. merapati manusia dengan tujuan kasih terhadap mereka kerana semua khalifah bakal di hisab. berkehendak kepada manusia itulah yang sebaik-baiknya. sebagai seorang suami berkehendak pada isteri dan anak, untuk menjaga mereka dari azab pedih kerana kemurkaan-Nya. sebagai seorang sahabat berkehendak agar dapat berjalan dengan ikwah saudara dan taulan menuju keredhaan-Nya. sebagai seorang guru yang berkehendak agar muridnya peroleh ilmu bermanfaat dan berkat agar berkongsi kelebihan orang alim ulama. sebagai seorang ibu dan bapa yang berkehendak agar anaknya mengasihi hati dan mendoakan mereka. sebagai seorang anak yang menghendaki agar dirinya menjadi individu yang baik disenangi oleh mereka yang disayangi.
khalifah perlu pada tempat pergantungan. kerana tiada di alam sesuatu tanpa pergantungan. semua makhluk dicipta berpasangan, bergantung hidup untuk meneruskan kelangsungan zuriat. bumi ada matahari dan bulan mengimbangi suhu dan keseimbangan peredaran. angin perlu berlanggar sesama sendiri untuk bergerak menongkah lautan. di situ terbit satu pengharapan, iaitu perharapan seorang manusia kepada kuasa yang haq. kerana Allah itu Maha Kaya dan Maha Besar. seorang khalifah perlu meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah dan bukan pada insan. kerana Allah jualah yang mengisi hati insan-insan untuk membantu sesama sendiri di atas jalan yang diredhai-Nya. siapa sahaja tidak mampu untuk menyentuh hati orang lain kecuali dengan izin Allah SWT. Dia lah yang mengeluarkan manusia dari kegelapan pada nur. dan dialah juga yang memasukkan manusia dari nur kepada kegelapan.
Kehilangan tempat pergantungan menyebabkan khalifah menjadi seorang yang rugi. tiada merasa ada kuasa dan kusut pengetahuannya terhadap diri sendiri. bahkan mereka mencari sedangkan mata mereka tidak mampu melihat nur Allah yang begitu terang pada penglihatan para mukmin yang bertaqwa.
Dalam hadis sahih muslim, dari anas bin malik ra, Rasulullah SAW pernah bersabda: Tiga golongan jika ada padanya maka mereka memperoleh kemanisan iman.
1) Barangsiapa yang mencintai seseorang individu tiada sebab kecuali kerana Allah SWT
2) Barangsiapa yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya lebih dari segala-galanya
3) Barangsiapa yang lebih sanggup untuk kembali ke neraka tiada sebab kecuali kerana benci untuk kembali kepada kekufuran
siapakah khalifah? kitalah khalifah
KITALAH KHALIFAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!
KITA MENGHUNI DI BUMI ALLAH SWT
SEBAGAI KHALIFAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment