Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Friday, 18 January 2013

TUMBUH TERTIMBUS



Umpama sebiji benih,
Yang pada mulanya,
Tertimbus dalam tanah,
Hanya bersabar,
Dan terus bersabar,
Hinggalah tumbuh,
Pucuk daripada bumi,
Hendaknya bebas daripada,
Kesunyian bawah tanah…

Benih kecil
Dalam tanah
Tapi keadaan itu
Bukan selamanya
Ia tetap
Keluar dari kegelapan
Mencari sinar
Yang menjadi teman

Kita perlukan sahabat
Yang baik budinya
Yang benar tuturnya
Yang sukar marahnya
Yang hebat sabarnya
Yang kuat ibadahnya
Yang jemu lakukan dosa
Yang ketagih lakukan pahala
Yang bercinta pada jalan-Nya
Yang ukhuwahnya…
Ukhuwah ahli-ahli syurga

Teman sebaik-baik peneman
Dan kerana Allah
Aku cinta padamu…

Tuesday, 1 January 2013

Jika masih ada



Di atas hasratku
Berjalannya kisah
Tapi kesan tapakku
Hilang dengan angin
Kerana semuanya
Bagai obor terapung atas laut

Jika masih ada
Taman yang indah dulu
Tentu kakiku
Tak akan berasa letih
Melangkah
Ke sana ke mari

Sayangkan masa
Masa berlalu pergi
Tinggallah aku sepi
Mencari yang hilang
Dan mengharapkan ia datang
Kepadaku yang asyik menunggu

Bangunan taman indah dulu
Kini sudah hancur luluh
Tersisa hanya kesan runtuhan
Yang mengembalikan kesedihan
Mestiku cari kekuatan
Untuk membina taman
Walau jenuh dengan perasaan
Ada kejayaan dalam kekalahan

Thursday, 27 December 2012

Hati ini


Raja seluruh anggota ialah hati, kerana itulah hati perlu dijaga dengan rapi. Kalau raja tergugat maka rakyatnya juga akan tergugat. Jika hati tergugat maka seluruh anggota tubuh juga akan turut sama tergugat… contohnya jika kita melihat pada aurat seorang perempuan yang cantik mestilah akan terbit daripada hati kita rasa takjub akan keindahan yang menyebabkan hati kita rasa tergugat…

Dengan tergugatnya hati maka anggota tubuh  badan juga akan tergugat sama, seperti seorang lelaki yang terus pergi memikat gadis-gadis cantik yang berlalu di hadapannya, remaja-remaja yang suka berhias dan lain-lain. Semua itu datang daripada perasaan takjub yang merupakan sifat hati itu sendiri.

Dengan adanya sifat takjub manusia boleh terpengaruh kea rah kebaikan mahupun keburukan bergantung kepada kekuatan iman dan amal mereka itu sendiri. Sifat takjub juga boleh mengubah personaliti seseorang individu daripada imej yang baik kepada buruk dan sebaliknya. Takjub itu amat merbahaya jika kita tidak mempunyai ilmu dan iman dalam gengaman kita.

Maka carilah sebanyak mungkin ilmu dan jagalah iman dengan kesabaran, jangan teralu terpengaruh dengan ketaksuban hati terhadap perkara-perkara yang boleh membelakangkan kebenaran.

Perasaan pula makhluk yang bertentangan dengan hati. Jika perasaan tergugat maka ia tidak mempengaruhi anggota kita tetapi ia menyebabkan emosi atau anggota batin kita tergugat. Dengan kata lain perasaan itu merupakan raja kepada anggota batin.

Jagalah perasaan dengan kekuatan iman. Banyakkanlah menyelami ukhuwah antara para sahabat dan Rasulullah, kerana ia boleh membina perasaan cinta kerana Allah.

Binalah asas yang kukuh daripada raja yang kuat. Supaya kita tidak menyesal dalam perjalanan kita menuju kea lam akhirat. Moga-moga pengorbanan kita dibalas dengan ganjaran keredhaan Allah SWT… in sya Allah =)
 
Blogger Templates