Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Thursday, 2 February 2012

Muzakarah 2

Apabila kita bercakap hal-hal dunia maka terbayanglah kita harta kekayaan, pangkat mahupun jejaka dan wanita yang mempersonakan nafsu yang asyik dahagakan nikmat duniawi yang sia2. Kenapakah kita terbayang perkara sedemikian sedangkan itu hanyalah kehendak nafsu kita sahaja.

Hakikat sebenarnya manusia itu tidak bahagia berada di dunia kerana asalnya manusia itu berasal dari syurga, jadi mereka akan mencari benda-benda di dunia yang boleh memberi kebahagiaan kepadanya sesuai dengan fitrah mereka yang suka kepada kebahagiaan. Nafsu manusia pula sentiasa berada dalam keadaan dahaga dan tidak berhenti mencari-cari kebahagiaan untuk memuaskan diri. 

83. قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ أَنْفُسُكُمْ أَمْرًا ۖ فَصَبْرٌ جَمِيلٌ ۖ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَنِي بِهِمْ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
(Setelah mereka kembali dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah ia: "(Tidaklah benar apa yang kamu katakan itu) bahkan nafsu kamu telah memperelokkan pada pandangan kamu suatu perkara (yang kamu rancangkan). Jika demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Yusuf [12:83] 

Manusia seringkali tidak terfikir akan kesan apabila kita memakbulkan hasrat nafsu yang sentiasa berteriak dan menggoda manusia untuk memuaskan kehendaknya dengan melakukan maksiat. Contohnya, jika kita tidak menegur atau mencegah isteri yang mempunyai  tabiat buruk maka isteri itu akan memburukkan diri kita juga. Seperti isteri yang suka membazirkan wang, jika suami memanjakan isteri dengan tidak melarangnya daripada membazirkan wang maka isteri itu akan menikmati wang yang diberikan suaminya di pasar-pasar untuk shopping.

Akhirnya, suaminya juga akan rugi kerana dia dayus dan tidak mampu untuk mengawal isteri mereka. Sepertimana nafsu juga, nafsu itu pandai membodek kita jadi berhati-hatilah. Nafsu akan memujuk kita untuk merasa nikmat dunia supaya kita ketagih dengan nikmat dunia dan meninggalkan tuntutan kita sebagai seorang yang memegang amanah Allah.

Satu kisah sewaktu Allah menciptakan Syurga, Neraka dan jalan-jalannya. Setelah Allah mencipta Syurga maka Allah berfirman kepada para malaikat : " Pergilah kamu melihat tempat ini dan apakah pendapatmu jika manusia mengetahui akan adanya tempat sebegini". Maka para Malaikat melihat semua nikmat dan kebahagiaan dalam syurga, maka para Malaikat pun berkata : " jika beginilah keadaan syurga maka berduyun-duyunlah manusia berebut untuk memasukinya." Setelah Allah mencipta Neraka maka Allah berfirman kepada para malaikat : " Pergilah kamu melihat tempat ini dan apakah pendapatmu jika manusia mengetahui akan adanya tempat sebegini". Maka para Malaikat melihat semua azab dan kesengsaraan dalam neraka, maka para Malaikat pun berkata : " jika beginilah keadaan neraka maka tiadalah seorangpun manusia yang mahu memasukinya."

Setelah Allah mencipta jalan-jalan menuju Syurga maka Allah berfirman kepada para malaikat : " Pergilah kamu melihat  ini dan apakah pendapatmu jika manusia mengetahui akan adanya tempat sebegini". Maka para Malaikat melihat keadaan jalan-jalan ke syurga, maka para Malaikat pun berkata : " jika beginilah keadaan jalan-jalan menuju syurga maka amat sedikitlah manusia yang akan berjaya memasuki syurga." Setelah Allah mencipta jalan-jalan menuju neraka maka Allah berfirman kepada para malaikat : " Pergilah kamu melihat  ini dan apakah pendapatmu jika manusia mengetahui akan adanya tempat sebegini". Maka para Malaikat melihat semua nikmat dan kebahagiaan dalam syurga, maka para Malaikat pun berkata : " jika beginilah keadaan jalan-jalan menuju neraka maka ramailah manusia yang akan memasuki neraka."

Ketagihan kepada nikmat dunia itu dadah neraka. Jika kita tidak berusaha menjauhinya maka kita akan turut menjadi penagih di jalan-jalan menuju neraka. Janganlah kita tertipu dengan nikmat yang sedikit ini sedangkan nikmat di syurga itu jauh lebih baik... :)

Monday, 30 January 2012

Huraian Surah Al Waaqiah Ayat 1-6

1. إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ
Apabila berlaku hari kiamat itu,
2. لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
3. خَافِضَةٌ رَافِعَةٌ
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat).
4. إِذَا رُجَّتِ الْأَرْضُ رَجًّا
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
5. وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
6. فَكَانَتْ هَبَاءً مُنْبَثًّا
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,



Ayat 1 : Ibn Abbas menjelaskan bahawa Al Waaqiah merupakan antara nama yang digunakan dalam Al Quran untuk menyebut hari kiamat. Perkataan Al Waaqiah makna asalnya bermaksud suatu peristiwa atau kejadian yang pasti akan berlaku. Ayat ini membuktikan suatu malapetaka besar yakni hari kiamat, pasti akan terjadi apabila tiba masanya

Ayat 2 : Menurut Ibn Kathir, ayat ini menegaskan bahawa tidak ada orang yang dapat memindahkan (masa berlakunya) atau menolaknya bila Allah menghendakinya terjadi. Menurut Muhammad bin Ka'ab makna perkataan "كاذبة" bermaksud "pasti terjadi". Menurut Qatadah pula " terjadinya hari kiamat itu tidak dapat diubah atau diundur".

Ayat 3 : Menurut Ibn Kathir, ayat ini menjelaskan bahawa hari kiamat merendahkan banyak kaum hingga sampai ke dasar neraka, sekalipun ketika di dunia mereka ialah orang yang mulia dan meninggikan kaum yang lainnya hingga sampai ke tempat yang tertinggi dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan sedangkan mereka adalah orang-orang yang berkedudukan rendah. Al suddi pula mengakatakan bahawa hari kiamat adalah hari di mana orang-orang yang angkuh direndahkan dan orang-orang yang rendah diri ditinggikan dan dimuliakan.

Ayat 4 : Menurut Ibn Kathir katanya, bumi bergoncang dengan goncangan yang dahsyat mengakibatkan gempa yang amat hebat melanda seluruh kawasan bumi. Al Rabi' bin Anas mengatakan bahawa gempa itu menggoncangkan semua di  bumi.

Ayat 5 : Menurut Ibn Abbas, Mujahid, Ikrimah, Qatadah dan lain-lain, ayat ini bermaksud bahawa gunung-ganang akan dihancurkan dengan sehancur-hancurnya. Ibn Zaid mengatakan bahawa hari itu gunung-ganang menjadi pasir yang berterbangan.

Ayat 6 : Abu Ishaq telah meriwayatkan dari Al Harith sumber daripada Ali r.a. bahawa semua gunung pada hari itu akan menjadi debu yang berterbangan. Ikrimah pula mengatakan bahawa perkataan al-Munbath bererti (debu yang diterbangkan angin).

Friday, 20 January 2012

Pemaaf

Sifat pemaaf ialah salah satu daripada sifat yang terpuji. Mereka yang pemaaf amat disanjung dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Allah SWT sendiri merupakan Tuhan yang Maha Pemaaf yang mengampuni dosa hamba-hamba-Nya yang melakukan maksiat yang terkutuk, namun ada juga manusia yang tidak mahu memaafkan orang lain yang telah menyesal akan perbuatannya. Allah menyuruh Manusia untuk bersifat pemaaf sebagaimana firman-Nya dalam Al Quran :


133. ۞ وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ
لِلْمُتَّقِينَ
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa;
134. الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; Al imran 133-134


Jelaslah dalam ayat ini bahawa antara sifat orang yang bertakwa ialah mereka yang mengorbankan hartanya pada jalan Allah, menahan kemarahannya iaitu sentiasa bersabar dan memaafkan kesalahan orang-orang lain.

Manusia itu sering terikat dengan sunnatullah. Semestinya mereka sentiasa dibelenggu oleh rantaian dosa yang sentiasa berada pada hati mereka. Ketahuilah bahawa dunia itu ialah satu penjara, dimana manusia digari dan dibelenggu dengan dosa. Allah memasukkan manusia ke dalam penjara(dunia)  untuk menguji pada tahap manakah mereka akan melaksanakan pengabdian diri mereka kepada-Nya dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.

Maka bagi mereka yang sentiasa taat kepada perintah Allah dan Menjauhi Larangan-Nya, mereka akan dibebaskan daripada belenggu itu dan dipulangkan ke syurga iaitu tempat kediaman sebenar bagi umat manusia. Bukankah Nabi Adam itu berasal daripada syurga. Maka mereka yang meninggalkan perintah Allah dan Melakukan larangan-Nya akan dikenakan hukuman yang lebih berat iaitu hukuman dimasukkan ke dalam neraka kerana apa yang telah mereka lakukan.

Jadi, Janganlah kita menyalahkan seseorang walaupun dosanya terhadap kita terlalu besar sehingga menyebabkan trauma kerana tiada satupun manusia yang akan terlepas daripada dosa. Malah, Allah itu Maha Pengampun  dan Berhak mengampuni sesiapa yang dikehendaki-Nya. Tidakkah kita sentiasa memohon ampun dosa kita dengan Allah ? Bagaimana jika Allah tidak menerima taubat kita sebagaimana kita yang enggan memaafkan orang lain? Tidakkah kita akan berasa terlalu sedih dan kecewa...


149. إِنْ تُبْدُوا خَيْرًا أَوْ تُخْفُوهُ أَوْ تَعْفُوا عَنْ سُوءٍ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا قَدِيرًا
Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.
An-Nisa' 143


Janganlah biarkan hatimu dikuasai dendam yang mendalam kerana ia boleh meyebabkan hati kita semakin terluka. Dendam dan kebencian tidak mungkin akan memuaskan hati atau mengubati hati seseorang manusia. Terimalah kesilapan sahabatmu, maafkanlah dia dan sentiasalah menolong mereka untuk berubah ke arah kebaikan. Janganlah menyombongkan diri dengan meminggirkan sahabat yang berada dalam kesusahan dan kekecewaan yang menghantui hati mereka. Hal ini demikian kerana, mereka mungkin berada dalam keadaan buntu dan kekeliruan. Juga, janganlah menceritakan aib mereka kerana Allah melaknat mereka yang menceritakan aib orang yang telah menyesal akan perbuatannya.

Jika kamu orang mukmin maka maafkanlah saudara se islam mu itu. Janganlah kamu berani mengaku sebagai seorang islam jika kamu tidak mampu memaafkan sahabatmu itu kerana islam itu ialah satu jemaah. Saya sendiri amat membenci mereka yang tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain yang telah menyesal akan perbuatannya. Jadi mengapakah manusia yang pemaaf menjadi semakin pupus ditelan oleh dendam dan cemuhan yang tertanam dalam lubuk hati? Adakah mereka cukup bahagia untuk hidup dalam dendam yang di benci oleh Allah dan Rasulullah? BAHAGIAKAH KAMU HIDUP DALAM DENDAM MU ITU????


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2218.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: "Sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang. Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya. Dan seorang yang tawadhuk (merendahkan diri) kepada Allah, maka Allah menaikkan darjatnya."


 
Blogger Templates