Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Tuesday, 30 July 2013

SUSAH SENANG

susahnya nak buat ni....kalau nak tolong basuh pinggan, senyum dekat orang lain, bagi salam, menziarahi jenazah dan blajar quran...

seronoknya buat benda-benda ni.....brbual dgn awek, mengumpat, mencaci, menzalimi diri sendiri dan selalu membazir masa...

senang je....tapi,,, malas laa nk buat ni......bersedekah, doa, solat berjemaah, qailu lillah, qiamulail, dan berzikir

susahnye....tapi,,, buat jee laa asal bahagia......merempit, bergaduh, membunuh, menyamun, merompak, membunuh diri dan lain-lain

kenapa?????

kenapa kita suka kesenangan yang xkekal...kenapa kita suka dengan kesusahan yang kekal???
kenapa kita tak suka dengan kesenangan yang kekal...kenapa kita tak suka dengan kesusahan yang tidak kekal???

biar susah ke jalan Allah...xsakit pun kalau kita bersusah payah dalam usia yang pendek ini...60 je bro..kalau lanjut usia tu dah kira bonus lebih...Allah sayang kat kau laa tu bro...

jangan bersenang sangat dalam jalan maksiat...sungguh,, kesengangan yang satu saat itulah dapat meletakkan kita dalam api neraka...berbaloi ke??? macam nie laa gua cakap sekali jee bro...kalau lu buat maksiat 1 saat dan lu kena hukum masuk neraka buat selama-lamanya...lu rasa untuk tak????

tapi....ade jugak yang gamaknya nak lakukan dosa yang susah untuk dilakukan..alasannya kerana wang?? kesempitan hidup??? tekanan jiwa???

wang tu ape laa sangat kalau nak banding dengan pelepasan dari api neraka
kesempitan hidup tu apee laa sangat nak banding dengan nikmat syurga selama-lamanya
tekanan jiwa tu ape laa sangat kalau nak dibandingkan dengan sakinah di syurga

lu asyik kata.. "xpe laa ko xtau perasaan gua"
heiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ko ingat ko sorang je yg dicipta punya perasaan
sedar2 laa beb
tangan ade dua, kaki ade dua, mata ade dua
otak ade, hati ade, mulut ade, lidah ade
huisssshhhhhh,,, menyusahkan betul
jangan menyusahkan orang laen yee

jangan kata hidup ini untuk enjoy
jangan kata hidup ini sementara kenalah nikmati
jangan kata hidup ni macam aiskrim..jilatlah sebelum ia cair

katalah hidup ini untuk cari keredhaan Allah
katalah hidup ini peluang aku untuk dapat nikmat keredhaan Allah apabila aku berjaya melepasi kesusahan sementara
katalah hidup ini umpama berlayar dengan kapal...jangan biar kapal karam dalam laut sebelum sampai ke destinasi kebahagiaan

last but not least......
"hidup ini sementara
buat baiklah sementara hidup"
-credit to my fwenz

Tuesday, 23 July 2013

INI HIJRAH LAH

Sungguh, biarpun berlaku,
Jangan biar Allah menunggu,
 Untuk kita mengadu,
Moga diampunimu,
Akan dosa yang lalu,
Jangan malu,
Membersihkan titik kalbu,
Sungguhpun beratus ribu,
Kau ulangi yang dulu..

Ini hijrah lah,
Bukan hanya lelah,
Di hamparan sejadah,
Di tikar getah,
Di bawah langit yang indah,
Bersaksilah dengan syahadah,
Yang kamu akan bermujahadah,
Untuk tidak mengaku kalah,
Demi tergolong dalam yang fallah..

Kita askar bersenjata,
bukan pendusta,
yang lari dari yang nyata,
qumu lillah inilah masanya,

kerana islam bergitu berharga..

Monday, 1 July 2013

EN CUTI

Cuti,,, cuti,,, cuti,,, Biarpun bahagia pada awalnya namun cuti inilah penggugat iman. Iaitu cuti yang terlalu panjang dan tidak terisi dengan benda-benda berfaedah. Jadi kalau nak cuti kena ada perancangan untuk mengisi masa cuti anda. Memang, seronok cuti. Tapi lebih seronok jika ada benda yang boleh mengisi kekosongan dalam hati ini.

Mula-mula cuti.. rasa nak enjoy.. rasa macam bole buat apa saje yg diinginkan.. rasa suka sangat-sangat.. memang ramai yang terbayangkan kebahagiaan menantinya pada masa rehat ini. Sudah tentu rehat itu wajib bagi setiap manusia. Sedangkan tidur juga merupakan rehat, sebagai tanda perlunya manusia kepada masa untuk rehat. Tetapi sedarilah bahawa tidur itu rehat yang dapat memberi pengisian pada hati.


47. 

ÙˆَÙ‡ُÙˆَ الَّذِÙŠ جَعَÙ„َ Ù„َÙƒُÙ…ُ اللَّÙŠْÙ„َ Ù„ِبَاسًا ÙˆَالنَّÙˆْÙ…َ سُبَاتًا ÙˆَجَعَÙ„َ النَّÙ‡َارَ Ù†ُØ´ُورًا


Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.
Al-Furqan [25:47] 

 Kerana Allah ciptakan tidur supaya manusia boleh mengingati mati, bersyukur dengan nikmat, dan memohon kebaikan pada keesokannya. Biarpun namanya rehat, tapi manusia tetap manusia. Tidak boleh kita membuat sesuatu perkara tanpa pertolongan dari-Nya. Begitulah kerdilnya manusia. Kerana kekerdilan itulah kita boleh mengenal erti merendah diri..

Bagi mereka yang cuti.. termasuk sayalah yang sedang cuti sebagai seorang graduan matrikulasi,, hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga diri daripada melakukan keburukan. Bukan hanya menjaga malah mendirikan benteng untuk menjaga diri daripada melakukan maksiat. Termasuklah melakukan kebaikan yang merupakan salah satu cara untuk menjaga diri daripada melakukan keburukan. Kenapa kita perlu jaga?? Haa… cuba enta bayangkan jika seorang tukang masak sedang memasak sebuah hidangan kepada raja. Sudah tentu tukang masak itu akan memelihara masakannya daripada rasa tidak sedap dan hangit, kerana dia perlu memuaskan hati raja itu dengan masakannya. Begitu juga dengan kita.. kita punya raja iaitu hati. Jika baik amalan kita maka baiklah hati. Jika buruk amalan kita maka buruklah hati.

56  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1737.
Dari Ibnu 'Abbas r.a., bertanya: Nabi saw. bersabda: "Ada dua nikmat yang sering kebanyakan manusia tertipu tentangnya (sering melupakannya), yaitu: waktu sihat dan waktu lapang."


Aku menulis kerana rindu
Bukan sekadar igauan kalbu
Kerana hati mula tua
Akibat kekosongan yang melanda
Hanya memerlukan suntikan
Dari rahmat Allah Yang Maha Esa


Terus terang.. cuti tu memang seronok sangat.. tapi cuti tanpa pengisian tu lebih memenatkan daripada sibuk sepanjang hari. Kerana kita kena bertahan dengan kekosongan hati dan menahan rasa ingin melakuan kejahatan. Sedangkan jika kita ada pengisian hati pada masa cuti, mudah sangat untuk kita mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang berdosa tersebut. Jadi En Cuti, mari sini saya ada jadual untuk kamu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 
Blogger Templates