Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Monday, 20 May 2013

Huraian surah Al Waaqiah Ayat 63-74

63. أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَحْرُثُونَ
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
64. 
أَأَنْتُمْ تَزْرَعُونَهُ أَمْ نَحْنُ الزَّارِعُونَ
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
65. لَوْ نَشَاءُ لَجَعَلْنَاهُ حُطَامًا فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
66. إِنَّا لَمُغْرَمُونَ
(Sambil berkata): Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
67. بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ
Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil)
68. أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
69. ءَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya?
70. لَوْ نَشَاءُ جَعَلْنَاهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
71. أَفَرَأَيْتُمُ النَّارَ الَّتِي تُورُونَ
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
72. ءَأَنْتُمْ أَنْشَأْتُمْ شَجَرَتَهَا أَمْ نَحْنُ الْمُنْشِئُونَ
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya atau Kami yang menumbuhkannya?
73. نَحْنُ جَعَلْنَاهَا تَذْكِرَةً وَمَتَاعًا لِلْمُقْوِينَ
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
74. فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ
Oleh yang demikian (wahai orang yang lalai) bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

Ayat 63-67 : Allah menyuruh manusia supaya memerhatikan tanaman yang mereka tanam, merekakah yang menumbuhkannya ataupun Allah? Tidak syak lagi bahawa tugas manusia hanya membajak tanah dan menanam benih, sedangkan yang menumbuhkannya adalah Allah SWT. Allah lah yang mengaturkan perjalanan hidup tanaman yang ditanam itu, yang tidak dapat dibayangkan oleh akal, iaitu satu perjalanan yang menakjubkan dan tidak dapat digambarkan bahawa dalam biji tanaman itu terdapat batang pokok, daun-daun dan tangkai yang mengeluarkan buah-buah.

Begitu jugalah kehidupan sesudah mati itu amatlah mudah bagi Allah untuk melakukannya, sama seperti menghidupkan biji yang sudah kering dan mati.

Ayat 68-70 : Allah menyuruh manusia berfikir, kehidupan setiap makhluk hidup di atas bumi ini bergantung kepada air, soalnya siapakah yang mendatangkan air yang diminum itu? Air hujan yang turun, kemudian meresap ke bumi, seterusnya menjadi telaga dan mata air untuk bekalan hidup seluruh makhluk. Kitakah yang menurunkan hujan itu atau Allah? sudah tentu Allah yang menurunkannya.

Para ahli sains menjelaskan proses terjadinya hujan bermula dari pengewapan air laut kerana panas matahari, kemudian wap air berkumpul di atas awan, lalu turunlah air laut menjadi hujan. Namun, bagaimanakah wap air laut naik ke atas awan?

Pengalaman Hamka, penulis tafsir al-Azhar, ketika beliau berlayar pada tahun 1954 dari tanjung pinang ke singapura, beliau berkata :

" Kira-kira pukul 2 siang, kelihatan langit menjadi keruh kerana awan yang telah nampak berkumpul-kumpul kehitaman, tapi belum tebal menghitam benar. Lalu tiba-tiba datang angin ribut yang agak besar, sehingga lautan yang kami layari agak besar ombaknya. Dan dalam waktu yang tidak lama kelihatan awan tadi menurun (menyerupai) "lidah" raksaksa yang menukik ke bawah dan kedengaran suara sebagai bunyi mesin di sebuah pabrik (kilang) besar. Lalu kelihatan pula awan tadi naik ke atas sesudah menjulurkan lidahnya ke dalam laut tadi. Dia naik kembali dan dengan kencangnya pula dia menuju berarak ke daerah sebelah selatan, iaitu semenanjung tanah melayu. di sana kelihatan dia menjadi awan tebal lalu jatuh jadi hujan. Kelihatan dengan nyata sekali bahawa awan yang turun sebagai lidah raksaksa tadi dan naik kembali ke udara dengan bunyi yang dahsyat itu ialah awan yang menarik air laut, dan di bawa ke daerah lain. Di daerah lain itu baru dia turun sebagai hujan. Dan waktu yang dipakai untuk menyauk air laut itu tidak lama, tidak cukup setengah jam, mungkin hanya sekitar seperempat jam sahaja, jelas hujan turun di daerah yang kita namai Malaysia."

Begitulah proses terjadinya hujan yang disaksikan sendiri oleh Hamka. Siapakah yang memerintahkan awan untuk menyauk air laut itu? siapa pula yang memerintahkannya pergi ke daerah tertentu untuk menurunkan air laut sebagai hujan? Air laut yang disauk oleh awan itu adalah masin, namun dalam beberapa minit sahaja diturunkan sebagai hujan yang tawar. Siapa yang menjadikan air laut itu masin dan siapa yang menjadikan air hujan itu tawar??

Ayat 71-73 : Ayat ini membawa maksud bahawa api yang kamu perolehi dengan menggosok-gosokkan kayu yang kamu ambil dari dahan pohon sebagai pemetik api sehingga dapat mengeluarkan api. Orang arab di masa lampau menggunakan dua jenis kayu untuk keperluan ini iaitu, kayu al Marh dan kayu al 'Ifar. Apabila masih hijau, lalu digosokkan antara satu sama lain, maka keluarlah percikan api dari keduanya.

sejarah manusia menemui api merupakan satu peristiwa yang amat besar. Tetapi kini api telah menjadi suatu perkara yang terlalu biasa dan tidak lagi menarik perhatian. Memang manusia yang menyalakan api, namun siapakah yang menciptakan bahan bakarnya? di sana ada satu perkara yang menarik perhatian apabila Al Quran menyebut "pokok kayu api".

Allah menjadikan api itu sebagai peringatan bagi manusia. apa maksud peringatan tersebut? Mujahid dan Qatadah mengatakan bahawa yang dimaksudkannya ialah untuk mengingatkan manusia akan api yang besar iaitu api neraka. Api juga dijadikan Allah sebagai penerang bagi para musafir.

Ayat 74 : Dengan kemajuan sains dan teknologi yang diberikan Allah kepada manusia pada ketika ini, bahan bakar tidak lagi berbentuk kayu, kita manggunakan minyak, gas dan api elektrik. Para musafir berjalan menggunakan kereta, kapal laut, kapal terbang dan lain-lainnya di mana bahan bakarnya berupa minyak dan gas. Kita kini diterangi dengan lampu minyak dan elektrik, bukan dengan api yang menyala membakar kayu api. Begitulah kehidupan manusia, dari satu generasi ke generasi semakin senang berkat kasih sayang dan rahmat Allah SWT. Sudah sepatutnya kita bertasbih memuji nama Allah dan bersyukur kepada Nya

BIAR SETIAP LANGKAH PENUH BARAKAH


Berbanyak-banyaklah kita beristighfar kepada Allah,Perbanyakkanlah meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana dengan peluang yangsentiasa terbentang untuk kita mengucapkan kalimah-kalimah yang menyempurnakanhidup.

Maha suci Allah yang menyucikan hamba-hamba Nya daripadadosa walau satu titik. Kerana belum pasti yang setitik itu sedikit. Padahaldosa yang setitik itulah menjadi sebab kita dibakar api neraka. Memang, kalausatu titik dakwat jatuh atas pakaian kita sudah tentu kita rasa gelisah sebabia mengotorkan pakaian kita. Lebih merimaskan lagi kalau satu bekas dakwatjatuh atas pakaian, sudah tentu kita akan rasa tidak senang sebab kena belipakaian lain.

Ya, Dosa itu apabila dititikkan atas hati, maka hati akan kotor.Jika kita tidak mengendahkan kekotoran itu maka lama-lama hati akan berkarat.Semakin banyak dosa semakin cepatlah hati berkarat. Apabila sebahagian besarhati dipenuhi karat, maka hati itu tentu akan menjadi keras. Memang macamitulah semuanya diatur. Kita tidak mampu mengubahnya.

Sedangkan kita suka memilih kebendaan mengikut citarasa.Dengan angan-angan dan ketaksuban diri, kita rasa semua itu perkara biasa. Kitaanggap itu satu daripada jalan hidup seorang manusia. Sedangkan itu hanyafirasat nafsu dan bisikan syaitan yang menipu tanpa kita sedari. Sedangkanbisikan daripada iman tidak tersampai untuk didengari dengan sebab ketaksubanyang membawa kita jauh daripada keberkatan.

Angan-angan itu satu musuh daripada 4 penghulu sifat-sifatyang menjadi musuh utama setiap manusia. Tidak dapat tidak, wajib ke atassetiap individu untuk menentang kemaraan sifat angan-angan dalam dirimasing-masing. Kita jangan anggap yang angan-angan itu perkara yang biasa danfitrah sedangkan angan-angan itu sendiri mampu menyebabkan kita menyalahifitrah yang Allah tetapkan kepada manusia.

Kalau betul mahu keberkatan hidup, jauhilah sifatangan-angan. Banyakkan membaca dan memahami serta mengamalkan ayat demi ayatdalam Al Quran dan banyakkan mengingati mati iaitu zikrulmaut kerana iamerupakan penawar syifa daripada hati-hati yang berkarat. Biar setiap langkahhidup kita dipenuhi dengan keberkatan, jangan hanya dipenuhi dengan angan-anganyang kosong dan penuh dengan kekosongan.
Siapakah kita untuk memenuhi kehidupan sedangkan kehidupandan kematian itu rahsia Allah. Jangan sangka kayu yang hanyut dibawa arussungai mengalir tidak akan tersangkut pada celahan batu dan mereput. Sedangkankayu yang dikayuh oleh seorang insan yang berhati-hati pun boleh hanyut. Dansentiasalah ingat bahawasanya Allah lah sebaik-baik pengisi kehidupan.BIAR SETIAPLANGKAH PENUH BARAKAH

Monday, 1 April 2013

Kenangan


Tiga minggu sebelum exam..

Sedar tak sedar sudah aku sudah hampir meninggalkan alam pengajian di matrikulasi. Banyak kenangan baik yang manis mahupun yang pahit sepanjang berada di sini. Saya rasa sangat bersyukur kerana ada hikmahnya kenapa aku ditakdirkan untuk menyambung pengajianku di alam matrikulasi yang terletaknya di kolej mara kulim.

Teringat waktu sebelum aku masuk ke sini. Selalu sahaja bertekad nak masuk university yang menjadi impian hati, iaitu Unisza dan UIA dalam bidang bahasa arab. Memang mintak bahagian matrik pun sebab ibu dan ayah je yang suruh. Memang asalnya tak ikhlas pun nak masuk matrix.

Namun kerana mendapat tawaran ke UITM Arau, Kedah dalam bidang kimia perindustrian.. saya rasa berat untuk pergi ke alam university.. jadi fikir punya fikir, masuk laa juga ke matrix di kolej mara kulim..

Pada mulanya aku terbayang yang suasana di matrik mesti kelam kabut sebab silibusnya padat dan perlu cover dalam jangka masa yang singkat. Aku juga rasa macam tentu susah nak bergaul kerana kesibukan dalam pelajaran. Setelah masuk, memang benar sukatan pelajarannya padat.. Namun, sahabat-sahabat di sana tak lah dingin dan terlalu mementingkan pelajaran daripada hubungan silaturahim antara kawan.

Di kolej mara kulim juga aku berjumpa dengan seorang kenalan yang mengajar aku erti hikmah dalam berfikir. Dia berjaya mengubah cara pemikiran aku daripada yang selalu suka berangan-angan kosong kepada gaya berfikir yang lebih rasional dan berfaedah.. Di kolej ini juga aku dapat memerhatikan pelbagai jenis pengajaran daripada pemerhatian sifat-sifat semua penuntut dan pensyarah.. Aku turut gembira kerana dapat menikmati satu kebahagiaan sewaktu berada di kolej..

“KEBAHAGIAAN”
Semua manusia mengidamkan kebahagiaan. Saya sendiri pun sukakan kebahagiaan. Tiada seorangpun manusia yang suka akan penderitaan. Huh, kalau ada laa manusia yang bahagia dengan penderitaan yang di alami itu alamatnya menyeramkanlah.
Bahagia itu ada bermacam bentuk. Telah menjadi perkara biasa jika kita bahagia apabila mendapat hal yang baik-baik seperti keputusan yang cemerlang, selalu di puji pensyarah dan mendapat perhatian daripada sahabat-sahabat. Kebahagiaan yang saya mahu nyatakan di sini ialah satu kegembiraan yang dikecapi apabila dapat melihat hikmah disebalik sesuatu ujian yang terjadi di hadapan kita.

Hikmah itu rahsia Allah, juga rahsia manusia. Maka bersyukurlah kepada Allah atas nikmat kurniaan yang melimpah ruah. Sama ada nikmat zahir mahupun nikmat yang tersembunyi..

Tak tersangka yang hidup yang aku luangkan sepanjang berada di kolej ini sungguh bermakna.. hehe.. untung dapat duk di Kolej Mara Kulim.. =) =) =)
 
Blogger Templates