Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Saturday, 8 December 2012

Pendirian


“ Janganlah seorang pun daripada kamu menjadi orang yang tak berpendirian, beliau mengatakan : “Aku bersama orang ramai, jika mereka berbuat baik aku akan berbuat baik, sekirannya mereka berbuat jahat aku akan berbuat jahat (pula),” tetapi kamu mestilah menetapkan diri kamu apabila orang berbuat baik kamu mestilah berbuat baik, sekirannya mereka berbuat jahat, kamu mestilah menjauhkan diri daripada kejahatan mereka” RIWAYAT TARMIZI

                      Pendirian itu penting untuk menetapkan iman. Ada manusia yang pendiriannya kuat / lemah untuk melakukan kebaikan dan ada juga yang kuat / lemah pendiriannya untuk melakukan kejahatan. Sedangkan pendirian seseorang manusia itu merupakan perkara asas dalam membina iman yang benar.


27.  يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا ۗ إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ ۗ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
  Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.

Allah berfirman dalam Surah Al A’raf ayat 27
“Wahai anak cucu Adam! Janganlah sampai kamu tertipu oleh syaitan sebagaimana halnya dia (syaitan) telah mengeluarkan ibu bapakmu dari syurga dengan menanggalkan pakaian keduannya untuk memperlihatkan aurat kedua-duanya.  Sesungguhnya dia dan tenteranya dapat melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak bias melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang yang tidak beriman”.

Pendirian yang betul itu boleh mengelakkan kita daripada tertipu dengan hasutan dan tipu daya syaitan. Sedangkan  pendirian yang salah mampu menarik seseorang itu menjadi seorang yang ketagih melakukan dosa serta maksiat.

Sebagai seorang islam kita mestilah yakin dengan segala janji yang telah Allah SWT nyatakan dalam Al Quran dengan iman yang kukuh. Sebagai seorang islam juga kita perlu menetapkan iman kita untuk menjauhi segala perkara yang buruk, keji dan mungkar supaya iman kita terpelihara daripada syaitan-syaitan yang selalu mencari jalan untuk merosakkan iman seseorang manusia.

Walaubagaimanapun, Iman yang sekata itu milik malaikat. Iman manusia ada naik turunnya. Kadang-kadang iman mereka mengatasi hawa nafsu dan kadang-kadang hawa nafsu mengatasi imannya. Ada juga tahap dimana iman dan hawa nafsu mereka berada pada level yang sama. Bagi mereka yang mempunyai pendirian yang benar, sudah tentunya mereka akan menjauhi benda2 yang mendatangkan keburukan dan mengusahakan supaya iman mereka dapat meningkat dengan berzikir, melakukan ibadah dan sebagainya. Lawan kepada pendirian yang benar ialah lemah semangat.

Lemah semangat itu satu fitrah daripada fitrah-fitrah manusia. Jangan berputus asa jika kita dilanda perasaan ingin melepaskan stress dengan melakukan keburukan kerana dosa akan menimpa kita.


Maka kita kena jaga hati kita dengan baik supaya kita sentiasa dalam rahmat-Nya… in sya Allah

Thursday, 20 September 2012

Terfikirkah kita??

Terfikirkah kita??

sewaktu kita tidur.. terfikirkah kita akan kedatangan Malaikat pencabut nikmat, yang memisahkan kita dengan kehidupan di dunia dengan perintah Allah.. Sewaktu kita hendak melelapkan mata... Sewaktu nafas berdesing ketika tidur... Waktu kita bersenang lenang dan lalai daripada mengingati apa yang dituntut oleh-Nya... 

Terfikirkah kita??

Apabila kita terjaga daripada tidur.. Mengapa kita dikejutkan oleh Malaikat dengan izin Allah? Sedangkan Allah ingin melimpahkan rahmat-Nya kepada kita... Namun kita tak kuat untuk melawan gelora nafsu.. Sedangkan kita masih belum berurusan dengan Allah, untuk mendekatkan lagi hubungan kita dengan-Nya...

Terfikirkah kita??

Apabila kita tercari-cari cinta manusia, yang dianugerahkan daripada Allah yang hanya satu-satunya Maha esa, Yang merupakan nikmat fitrah manusia... Kita dengan rakusnya mencari cinta manusia, dengan tamaknya mengaut cinta manusia, dengan tanpa malu dan segan mengejar cinta manusia... Sedangkan kita tak menaruh perasaan untuk mencari cinta illahi... Cinta yang kekal abadi yakni cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW...

Apakah kita harus melebih-lebihkan cinta terhadap manusia.. Wahai sahabat... Jangan sesekali melebihkan cinta manusia.... jangan biarkan cinta manusia mendahului cintanya kita terhadap Allah dan Rasul-Nya... Jangan terlalu taksub dengan permainan cinta... jangan...sesekali janganlah terlalu leka...

Terfikirkah kita??

Bahawa Allah tahu segala yang diterbit mahupun yang dirahsiakan oleh hati, nurani, jiwa dan perasaan kita... Tahukah kita bahawa Allah mempunyai jutaan saksi yang sentiasa melihat perlakuan kita setiap saat... Tiada masalah bagi Allah untuk memasukkan kita ke dalam neraka kerana satu saat kita lalai kepada Allah... Tiada masalah bagi Allah untuk memasukkan kita ke dalam syurga kerana kita bersyukur dan bersabar...

 Terfikirkah kita??


Sesungguhnya tanah itu lebih baik daripada manusia yang berdosa.. Sedangkan manusia yang berdosa itu sendiri akan menyesal sehingga berkata "Wahai, ruginya.. Alangkah baiknya jika aku hanyalah tanah daripada mulanya.." Lihatlah tanah.. Setiap hari jutaan malah tidak terkira banyaknya manusia memijak-mijak atasnya... manusia mencipta bangunan dan kenderaan yang turut memijak tanah.. Namun tanah tetap bersabar.. Dia redha dengan perintah Allah atas kejadiannya sebagai permaidani kepada manusia.. Tanah bangga jika orang yang beriman memijakkan kakinya di atasnya.. Tanah juga mengutuk mereka yang berdosa memijakkan kaki di atasnya...

" Wahai manusia, kau mukmin.. kau buat apa yang Allah suruh dan tinggal segala larangan-Nya, Kau turut bersabar sebagaimana yang dituntut olehmu untuk bersabar, Maka aku akan sentiasa berdoa untukmu agar kau dapat redha-Nya, moga kamu menjadi Ahli Allah.."

"Wahai manusia, kau ingkar... kau kufur terhadap perintah Allah dan kau laksanakan segala larangan-Nya, Kau memperajakan nafsumu dan tidak pula kamu bersabar sebagaimana yang dituntut olehmu untuk bersabar... Kau hina sedangkan kakimu berada di atasku.. Tunggulah kamu akan janji azab yang pedih..

Fikirkanlah sahabat.................................................................................................

Sunday, 2 September 2012

Sudah lama agaknya..

Alhamdulillah, Dengan izin Allah SWT dapat juga saya melihat dan berkomgsi coretan ilmu yang sedikit sebanyak dapat memberi kepada kita kepercayaan bahawa Allah SWT sentiasa mengiktiraf kita sebagai hamba-Nya.

Diciptakan sebagai seorang manusia, yang sempurna dari segi jasmani, jiwa emosi dan intelek, kita sentiasa diberi ujian daripada Allah SWT.

Maka bergembiralah dengan ujian yang menerpa kita..
Kerana itu tanda Allah ingin memberikan kebahagiaan akhirat kepada kita.
Dan apabila Allah memberikan kegembiraan akhirat kepada kita.
Itulah tandanya Allah sayangkan kita, Allah kasihkan kita, Allah menyukai kita,
Itulah permulaan kepada rahmat Allah yang Maha Agung
Terlalu beruntung hamba-Nya yang berjaya dalam ujian Allah

Semakin banyak ujian, semakin berat ujian,
Maka semakin bertambahlah sayangnya Allah kepada kita

Maka janganlah mudah berputus asa
Janganlah biarkan diri terasa berputus asa terlalu lama
kuatkan iman
bersedia dengan kesabaran
teguhkan itikad
jangan berhibur berlebihan kerana hiburan menaikkan nafsu, sedangkan nafsu itu penyebab kepada perasaan putus asa
didiklah perasaan tawadhu
sentiasa qanaah
banyakkan ibadah sunat terutamanya solat wudhu, solat tahiyatul masjid, solat taubat dan solat istikarah
lazimkan diri sembahyang jemaah 

DAN YANG PALING PENTING SEKALI

SENTIASALAH LAKSANAKAN APA YANG ALLAH SWT TUNTUT DARIPADA KITA

JANGAN SESEKALI INGIN MELANGGAR KEWAJIPAN YANG TELAH DIAMANAHKAN OLEH ALLAH KEPADA KITA

SENTIASALAH HARAPKAN PERTOLONGAN ALLAH KERANA KITA HANYALAH HAMBA

DAN PERTOLONGAN ALLAH SAHAJALAH YANG MEMBAWA KEJAYAAN YANG NYATA

Akhir sekali, kepada sahabat2 saya yang dikasihi, jagalah hati... jagalah iman....

berdoalah agar kita dapat bersabar dalam menjalani kehidupan
agar dapat kita mengecapi redha illahi.. in sya Allah...
 
Blogger Templates