Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Monday, 30 April 2012

Sedikit perkongsian

Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah. (HR Tirmizi)

Jadi....Alhamdulillahi Rabbil A'lamin..... Wassolatu wassalamu a'la sayyidil anbiya wal mursalin nabiyyil umiyyil habib....


1. إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
2. لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
3. وَيَنْصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا
Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

Para Sahabat-sahabat yang saya kasihi Allah SWT sekalian... 

Sekadar perkongsian...

Kata ibrahim : "Manusia yang meninggi diri itu umpama tanah yang berada di atas bukit, Walaupun tinggi tempatnya namun sedikit sekali tumbuhan yang boleh hidup kerana tanahnya yang tidak subur. Manusia yang merendah diri pula seperti tanah di hilir bukit, Walaupun kedudukannya di bawah bukit, namun begitu banyak sekali tumbuhan yg boleh hidup kerana tanahnya yang subur."

Sebagai seorang manusia kita semestinya mengukir rasa rendah diri dalam hati sanubari supaya kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Dengan rahmat Allah SWT sahajalah kita akan mendapat keredhaan dan keberkatan rezeki daripada-Nya..

Maka jauhilah daripada sifat meninggi diri kerana ia boleh menjadi sebab kepada terputusnya rahmat Allah SWT kepada kita, Yang boleh menyebabkan Kemurkaan dan kehilangan keberkatan rezeki daripada-Nya...

Ana ingin ambil satu contoh sifat meninggi diri yang sering manusia sekarang terlepas pandang...

Iaitu seorang yang yakin bahawa dirinya dekat dengan Allah SWT, percaya bahawa Allah menerima segala rayuannya dan mendengar luahan perasaan daripada hati nuraninya, sedangkan dia tidak menatijahkan keyakinannya dengan amalan-amalan soleh..

Hal ini seperti seorang yang mengucap dua kalimah syahadah tetapi tidak melaksanakan tuntutan kalimah tersebut dan kalimah itu hanyalah menjadi permainan di mulutnya sahaja.

Ketahuilah bahawa keyakinan tidak akan membawa kita untuk menjadi seorang yang kuat iman. Keyakinan yang dinatijahkan dengan amalan-amalan yang soleh sahaja yang dapat menguatkan iman kita. Apa gunanya kita setia jika kita tidak membuktikan kesetiaan kita??

Contohnya, mereka yang tidak istiqamah dalam solat malam dan tidak melazimkan diri dengan puasa dan Al Quran...

Kesimpulannya, Janganlah persia-siakan peluang yang Allah SWT berikan kepada kita dan gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya..


Thursday, 19 April 2012

Huraian Surah Al Waaqiah Ayat 11-16


11. 
أُولَٰئِكَ الْمُقَرَّبُونَ
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
12. فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
13. ثُلَّةٌ مِنَ الْأَوَّلِينَ
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
14. وَقَلِيلٌ مِنَ الْآخِرِينَ
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
15. عَلَىٰ سُرُرٍ مَوْضُونَةٍ
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
16. مُتَّكِئِينَ عَلَيْهَا مُتَقَابِلِينَ
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.


Ayat 11 : Perkataan  أُولَٰئِكَ dalam ayat ini merujuk kepada orang yang mempunyai sifat mulia yang telah diceritakan dalam ayat sebelumnya iaitu as-sabiqun. Perkataan itu di gunakan untuk menunjukkan kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah SWT

Ayat 12 : Golongan as-sabiqun akan menetap dalam syurga yang dengan kenikmatan yang tidak  pernah dilihat mata manusia, tidak pernah didengar oleh telinga dan di luar khayalan manusia.

Ayat 13 - Ayat 14 : Golongan as-sabiqun banyak jumlahnya dari kalangan umat yang terdahulu, Dikisahkan tatkala turun ayat ini, para sahabat merasa risau dan susah hati, lantas  Rasulullah SAW  bersabda : "Aku berharap kalian menjadi seperempat penghuni syurga, sepertiga, bahkan sepenuhnya atau sebahagian ahli syurga." Ertinya kamu memenuhi separuh dan umat lain memenuhi separuh.

Kesimpulannya, Bilangan umat Nabi Muhammad SAW yang akan masuk syurga lebih ramai berbanding umat silam. Namun, Golongan As- Sabiqun umat terdahulu ramai kerana ia dicampurkan dengan bersama mereka umat para nabi silam. Jadi, logiklah mengapa kuantiti mereka jauh lebih ramai berbanding umat Nabi Muhammad SAW yang tidak dicampurkan kaum nabi lain.

Ayat 15 - Ayat 16 : Ayat ini menyatakan tentang nikmat-nikmat penghuni syurga dalam kalangan As-Sabiqun.

Mufarokah cinta

Cinta ialah satu perkara yang indah bagi manusia. Selalunya manusia akan diperkenalkan kepada cinta pada usia remaja. Namun, cinta kadang-kadang bukan seindah yang kita rasa kerana cinta itu boleh menjadikan kita lalai dan leka terhadap Allah SWT. Sedangkan Allah SWT lah yang telah memberikan nikmat cinta kepada kita, tapi kenapa kita salah gunakan satu-satu anugerahnya yang amat bernilai dan boleh kita bawa hingga ke syurga??


Manusia itu sememangnya sejenis makhluk yang tidak mengerti rasa syukur. Mereka begitu rakus dan sombong kepada Allah SWT. Bagaikan orang yang terjun ke dalam lautan yang dalam untuk mengorek emas yang berada di dasarnya sedangkan mereka berada dalam keadaan bahaya dalam lautan. Mereka tetap sombong di atas daratan yang mempunyai emas yang sedikit kuantitinya walaupun hakikatnya mereka lebih selamat berada atas daratan.

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.
 



Sedarlah bahawa Allah SWT telah mencipta segala-galanya dengan kesempurnaan dan lengkap. Kita sebagai salah satu daripada ciptaan-Nya hendaklah taat dan janganlah kita sanggup mengorbankan hubungan kita dengan Allah SWT semata-mata kerana cintanya kita kepada dunia.. 



 
Blogger Templates